Majlis Perasmian Penutup Kejohanan ESports Terbuka Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Johor 2021

Ketika di UTHM hari ini, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi turut menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Kejohanan ESports Terbuka Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Johor 2021 yang berlangsung di Dewan Sultan Ibrahim, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sejak 5 April lalu.

Kejohanan ini telah disertai lebih daripada 500 orang pelajar IPT dan belia di daerah Baru Pahat dan sekitar negeri Johor.

Ianya dijalankan secara atas talian dengan mempertandingkan tiga acara utama iaitu Mobile Legend: Bang Bang, PUBG Mobile dan FIFA 2021 bagi merebut hadiah keseluruhan berjumlah RM14,000.00.

Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk memperluaskan peranan ESports sebagai sukan yang boleh membangunkan minda masyarakat terutama para pelajar IPT dan belia di negara ini.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 4879
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 28 November 2023, 16:33:06.