Penyerahan Sijil Kelulusan Penubuhan Naik Taraf Status Universiti Penuh kepada Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)

Bertempat di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) hari ini, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah menyerahkan sijil kelulusan penubuhan naik taraf status universiti penuh kepada Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) yang diterima oleh Datuk Noor Effandi Ahmad, Exco di Jabatan Ketua Menteri (Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknikal & Inovasi Sains Dan Inovasi).

KUIM dikenali sebagai Universiti Melaka (UNIMEL) mulai 7 April 2021.

Turut hadir dalam majlis ini Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dan Prof. Dato' Dr. Mohammad Shatar Sabran Ketua Pegawai Eksekutif MQA dan Prof. Datuk Dr. Mohd Taib Dora, Naib Canselor Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM).

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 7676
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 21 Mei 2024, 15:10:04.