logo kpt black

SIARAN MEDIA

KPT BENTANG 24 PENCAPAIAN UTAMA BAGI 2024


Tahun 2024 yang bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi telah menyaksikan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mencatatkan pelbagai pencapaian yang strategik dan membanggakan selaras dengan komitmen untuk mengangkat martabat serta memperkasakan sektor pendidikan tinggi negara.

Sebagaimana digagaskan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir pada Januari lalu, hala tuju KPT pada tahun 2024 telah ditujahkan kepada lima (5) fokus utama. Berikut merupakan 24 pencapaian/ inisiatif utama KPT mengikut lima fokus berkenaan:

Fokus 1: Penyediaan Bakat Terbaik Negara
• Penganjuran program International Young Future Leaders Summit 2024 (iFUTURE2024), melibatkan 1,000 pemimpin mahasiswa dari 46 negara.
• Pelaksanaan program KARISMA dengan 3,227 penyertaan yang menumpukan kepada pembangunan bakat kepimpinan dan kenegaraan
  o menerusi 6 program memfokuskan kepada pembangunan bakat kepimpinan, kenegaraan & memahami konteks MADANI
• Program Dipacu Industri
  o Penyertaan 1,284 pelajar dalam Program Pembelajaran Berasaskan Kerja (WBL) di Politeknik
• Penawaran Program Global Initiative for Future Talent (GIFT)
  o Seramai 350 peserta
  o Fokus kepada inisiatif upskilling pendidikan TVET di MTUN

Fokus 2: Pengukuhan Ekosistem Penyelidikan dan Inovasi
• Penubuhan Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) pertama di Malaysia di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), yang menerima 101 pelajar bagi kohort pertama.
• Kerjasama strategik bersama syarikat-syarikat terkemuka dan agensi-agensi Kerajaan
  o MoU KPT bersama MIDA, lnari Technology, Micron Memory Malaysia, Stellantis Gurun, CelcomDigi, Huawei Malaysia & MRANTI
  o Surat Niat (LoI) dengan NVIDIA
• Kerjasama & program dengan Kementerian bagi pemantapan ekosistem penyelidikan dan inovasi negara serta pengiktirafan:
  o Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
      Jom Masuk U & STEM KPT-KPM-MOSTI
  o Kementerian Sains Teknologi dan lnovasi (MOSTI)
      STEM KPT-KPM-MOSTI
  o Kementerian Pertahanan (MINDEF)
      Program Pembelajaran Berasaskan Kerja (WBL)
  o Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM)
      Dokumen Blueprint Keterjaminan Makanan
• Peruntukan RM10 juta untuk penyelidik IPT & perusahaan sosial bagi pelaksanaan projek sosial yang memberi kesan langsung kepada masyarakat.

Fokus 3: Program Pemindahan dan Perkongsian Ilmu
• Forum llmuwan Malaysia MADANI (FIM)
  o Sebanyak 3 siri sudah berlangsung
  o YAB Perdana Menteri sebagai Pengerusi forum
  o Melibatkan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) sebagai hos
  o Menghimpunkan para ilmuwan, tokoh industri dan pemimpin masyarakat
  o Membincangkan isu kritikal untuk membantu kepimpinan
• Semakan semula Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) dalam konteks kebebasan akademik dan suara kritis akademik
• 238,056 penyertaan dengan 11,163 program PSH PolyCC telah direkodkan sehingga sukuan ketiga 2024
• Festival Idea Putrajaya 2024:
  o Seramai 100,000 pengunjung
  o Program pengenalan bagi penganjuran tahunan pada 2025
  o Usaha merakyatkan idea dan pendidikan tinggi
  o Menjadikan Putrajaya sebagai City of Ideas
• Pelantikan Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib AI-Attas sebagai Profesor Diraja Terpuji
  o Bagi mengiktiraf sumbangan beliau yang merupakan tokoh pemikir peradaban Islam kontemporari di dalam dan luar negara

Fokus 4: Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi
• Usaha mengukuhkan lagi potensi Malaysia sebagai pemain utama sektor pendidikan:
  o 17 lawatan kerja ke luar negara
  o 4 sesi MoU/ MoA/ LoA
  o 40 sesi kunjungan hormat daripada negara luar
• Penubuhan Kampus:
  o Universiti Tsukuba yang menjadi antara 10 universiti terbaik di Jepun, memilih Malaysia untuk membuka kampus cawangan pertamanya di luar negara
  o Kampus pesisir dengan kerjasama beberapa Universiti Awam di Doha, Qatar & Jakarta, Indonesia
• Enrolmen mobiliti pelajar antarabangsa:
• Jumlah telah melepasi sasaran (130,000) iaitu 133,413 orang (sehingga September 2024).

Fokus 5: Pemantapan Ekosistem Pemboleh Daya
• Projek Pembangunan:
  o Melibatkan 1,260 fasiliti projek usang diselenggara/ dinaiktaraf membabitkan peruntukan RM300 juta
  o Sebanyak 380 projek baharu/ sambungan/ PPP/ PFI dilaksana membabitkan peruntukan RM4.127 bilion
• Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) (Pindaan) 2024 [A1713] telah dikuatkuasakan pada 1 Oktober 2024:
  o Sebagai langkah untuk memperkasa pengurusan organisasi mahasiswa dalam melahirkan kepimpinan yang berupaya mengurus kedewasaan dan kematangan diri.
• Kolaborasi dan Penglibatan lndustri di PolyCC:
  o Sebanyak 19,970 industri berkolaborasi bersama 72 Industry on Campus (IOC)
• Baucar Buku
  o Lebih 1.2 juta pelajar layak menebus baucar buku berjumlah RM100 dengan peruntukan lebih RM120 juta
• Pembangunan Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia (PPTM) 2025-2035:
  o Bakal dilancarkan tahun 2025 dan telah melibatkan 30 sesi libat urus bersama 6,000 orang pemegang taruh.
• Agihan Dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) tahun 2023:
  o Sebanyak 3.6% dengan peruntukan berjumlah RM357.65 juta yang memanfaatkan 6.25 juta akaun
• Program Penajaan:
  o 29,770 pelajar/ akademia/ staf ditaja melalui 20 Program Penajaan dengan peruntukan RM202 juta.
• Kebajikan Pelajar
  o 4,729 pelajar daripada keluarga 840 menerima pengecualian yuran pengajian menerusi program SULUNG 2.0 dengan peruntukan RM11.08 juta
  o 5,581 pelajar menerima manfaat Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN sebanyak RM1,500 seorang membabitkan peruntukan RM8.37 juta
• Pengenalan Program Sesi Dialog Menteri dan Timbalan Menteri bersama pelajar-pelajar IPT
  o In Person With DOC ZAM & Talk To Us (TTU)

Pada tahun 2025 nanti, KPT akan meneruskan iltizam dalam mengangkat kualiti dan martabat sektor pendidikan tinggi negara melalui Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia (PPTM) 2025-2035, selain memainkan peranan dalam menjayakan Kepengerusian ASEAN- Malaysia 2025.

Kementerian Pendidikan Tinggi
16 Disember 2024

Muat Turun:

  pdf Siaran Media KPT - KPT Bentang 24 Pencapaian Utama Bagi 2024 (237 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 876
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 13 Februari 2025, 07:17:37.

logo-sirim