logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM BAGI LEPASAN STPM/
SETARAF DIUMUM PADA 5 SEPTEMBER 2025


Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ingin memaklumkan bahawa keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) peringkat Sarjana Muda Sesi Akademik 2025/2026 bagi lepasan STPM/ Setaraf akan diumumkan pada 5 September 2025 (Jumaat).

Keputusan boleh disemak mulai 5 September 2025, jam 12.00 tengah hari hingga 14 September 2025, jam 5.00 petang melalui platform seperti berikut:

a) Secara atas talian melalui pautan, https://upu.mohe.gov.my,
b) Melalui Aplikasi Mobile UPUPocket di telefon pintar.

Pengesahan setuju terima/tolak tawaran bermula pada 6 September 2025 hingga 14 September 2025 di laman web UA masing-masing. Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA kepada yang berjaya mulai 6 September 2025 setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.

Hanya pemohon yang tidak berjaya mendapat tawaran sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline® bagi kemasukan ke UA di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari mulai 5 September 2025, jam 12.00 tengah hari hingga 14 September 2025, jam 5.00 petang.

Tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2025/2026 adalah MUKTAMAD dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan UA tidak dibenarkan. Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan.

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan permohonan UPUOnline® tersebut boleh dimajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA secara terus di alamat berikut:

BAHAGIAN KEMASUKAN PELAJAR IPTA JABATAN PENDIDIKAN TINGGI
ARAS 4, MENARA 2, JALAN P5/6, PRESINT 5
62000 PUTRAJAYA, WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

No. Tel: 03-8684 2363
E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Facebook: KEMASUKAN BPKP JPT
Instagram: @KEMASUKANBKPA
TikTok: BKPAUPU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
3 SEPTEMBER 2025

Muat Turun:

  pdf Kenyataan Media - Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Universiti Awam Bagi Lepasan STPM/ Setaraf Diumum Pada 5 September 2025(158 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3351
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 September 2025, 04:30:59.

logo-sirim