logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

SERAMAI 78,883 CALON MENDAPAT TAWARAN PENGAJIAN
IJAZAH SARJANA MUDA DI UNIVERSITI AWAM


Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengucapkan penghargaan kepada calon lepasan Matrikulasi, STPM, Asasi, STAM, Diploma/ Setaraf yang telah mengemukakan permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) menerusi UPUOnline®️.

Pada tahun ini, KPT telah menerima 109,866 permohonan bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda menerusi UPUOnline®️. Seramai 78,883 calon (71.80%) telah ditawarkan tempat bagi melanjutkan pengajian.

Secara keseluruhannya, sebanyak 1,132 program pengajian Ijazah Sarjana Muda telah ditawarkan bagi sesi kali ini. Kemasukan pelajar ke institusi-institusi tersebut dibuat berasaskan prinsip meritokrasi dengan menyusun semua calon yang layak mengikut markah merit tertinggi hingga terendah.

Kepada calon yang tidak mendapat tawaran tempat pengajian, Kementerian kini telah membuka saluran peluang kedua melalui proses rayuan di UPUOnline®️ dalam tempoh 10 hari, bermula daripada 5 September 2025, jam 12.00 tengah hari sehingga 14 September 2025, jam 5.00 petang.

Pihak Kementerian mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang berjaya dan semoga peluang menyambung pengajian di peringkat pendidikan tinggi digunakan sebaiknya.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
5 September 2025

Muat Turun:

  pdf Kenyataan Media - Seramai 78,883 Calon Mendapat Tawaran Pengajian Ijazah Sarjana Muda Di Universiti Awam(164 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2595
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 September 2025, 04:30:59.

logo-sirim