
Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026–2035 atau RPTM 2026–2035 dibangunkan melalui proses kolaboratif dan perundingan yang dipacu oleh pemikir terkemuka Malaysia dengan lebih 8,000 pihak berkepentingan dan individu yang terlibat dalam memberikan input dan maklum balas. Pihak berkepentingan yang terlibat termasuklah pakar pendidikan Malaysia dan global, pentadbir universiti, lembaga universiti, komuniti akademik, kesatuan dan persatuan, staf kementerian, badan industri dan majikan, agensi berkaitan, ibu bapa, pelajar dan orang awam. Proses pembangunan bermula dengan semakan komprehensif prestasi semasa melalui pemerhatian, pengumpulan data, tinjauan dan penglibatan pihak berkepentingan. Pemerhatian melibatkan analisis sebanyak lebih 100 buah dokumen, termasuklah analisis terperinci tentang PPPM 2015–2025 (PT). Tiga fasa berbeza dalam pembangunan RPTM 2026–2035 adalah seperti berikut:
Kementerian memulakan proses ini dengan semakan menyeluruh terhadap prestasi semasa melalui penentuan skop, pengumpulan data, tinjauan serta libat urus bersama pihak berkepentingan. Fasa ini telah mengenal pasti isu dan jurang yang wujud.
Berdasarkan dapatan pasukan semakan dan hasil libat urus bersama pihak berkepentingan, 10 Lonjakan telah dikenal pasti bagi memacu sistem pendidikan tinggi Malaysia ke tahap yang lebih tinggi. Lonjakan ini juga telah diselaraskan dengan teliti sejajar dengan pelan sedia ada.
Perincian 10 Lonjakan ini dimuktamadkan selepas satu lagi pusingan libat urus awam yang meluas serta panduan daripada Jemaah Menteri.
Paparan 1: Libat urus pihak berkepentingan, penglibatan penyedia dan semakan dokumen
Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved