
Aspirasi bakat merangkumi empat dimensi utama yang bertujuan membentuk tenaga kerja masa hadapan yang progresif, dinamik dan terangkum. Dimensi tersebut ialah Bersifat Kebolehsuaian, Tangkas dan Berdaya Tahan, Pembina Negara, Menghayati Nilai dan Siap Siaga Masa Hadapan. Bakat merujuk kepada para pembelajar yang dibangunkan oleh sistem, serta staf akademik dan pentadbiran dalam ekosistem pendidikan tinggi.
Bakat yang bersedia untuk berkembang dalam persekitaran zaman pasca-normal yang dinamik dan mencabar dengan daya tahan, ketangkasan serta berciri keusahawanan. Mereka mengamalkan pembelajaran berterusan, menyesuaikan diri dengan pantas terhadap perubahan dan menangani cabaran kompleks dengan penyelesaian yang inovatif serta berimpak.
Dengan pendekatan yang berpaksikan kemanusiaan dan berpandangan ke hadapan, mereka secara proaktif menyelaras dengan keperluan pihak berkepentingan yang sentiasa berubah sekali gus menyumbang secara bermakna merentasi pelbagai profesion dan konteks masyarakat.
Bakat yang memiliki jati diri dan semangat kebangsaan yang teguh, menghargai warisan, nilai dan kepelbagaian Malaysia sebagai asas perpaduan. Mereka berperanan dalam memajukan negara dan memelihara keharmonian masyarakat, memastikan tradisi budaya terus hidup sambil menerajui pembangunan mampan untuk masa hadapan yang lebih kukuh dan bersatu.
Bakat yang bersedia untuk berjaya sebagai pencari dan pencipta pekerjaan dalam dunia yang sentiasa berubah. Dengan penguasaan digital, pemikiran kritis dan kebolehsuaian mereka memanfaatkan kerjasama, pemikiran keusahawanan, serta kepakaran dalam teknologi memuncul, kecerdasan buatan (AI) dan kemahiran STEAM untuk cemerlang dalam bidang masing-masing. Daya tahan mereka disokong oleh kesejahteraan mental, emosi dan spiritual serta komitmen terhadap pembelajaran sepanjang hayat bagi mengharungi persekitaran yang kompleks dan dinamik. Berpandukan etika dan matlamat yang jelas, mereka menangani cabaran masyarakat dengan inovasi yang bermakna, menyumbang kepada kemajuan mampan dan membentuk masa hadapan yang lebih baik untuk semua.
Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved