
Pembelajar akan...
Justeru, pembelajar perlu terlibat secara aktif dalam pendidikan mereka, menjunjung integriti, serta menyumbang kepada persekitaran yang bersifat keterangkuman. Mereka perlu bersifat tangkas, adaptif dan berdaya tahan, membangunkan pemikiran dipacu impak serta menyelaraskan perkembangan peribadi dengan keperluan masyarakat dan global.
Staf akademik dan pentadbiran akan...
Justeru, sebagai pemacu IPT, staf akademik dan pentadbiran perlu melengkapkan diri dengan kecekapan yang diperlukan untuk melaksanakan pengajaran dan perkhidmatan inovatif, penyelidikan berimpak serta penyelesaian dan perkhidmatan kolaboratif bagi memperkukuh peranan kelompok quintuple helix
dalam ekosistem pendidikan tinggi.
Pemimpin IPT akan...
Justeru, pemimpin IPT perlu memacu kecemerlangan, kepelbagaian, kesaksamaan, keterangkuman dan inovasi, memperkasa staf akademik dan pelajar, mengintegrasikan pemikiran sistem dalam tadbir urus, membina perkongsian mampan serta menyelaraskan institusi mereka dengan agenda reformasi pendidikan tinggi, termasuk daya saing global dan kesaksamaan sosial.
Industri akan...
Justeru, industri perlu bekerjasama dengan IPT melalui pembangunan kurikulum bersama, menyokong penyelidikan, menawarkan latihan industri serta memastikan keperluan tenaga kerja selari dengan tuntutan masyarakat dan perubahan global. Mereka juga harus menyediakan peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan kemahiran dan menyumbang kepada bakat siap siaga masa hadapan yang berorientasikan impak.
Komuniti akan...
Justeru, masyarakat perlu bekerjasama dengan IPT dalam menangani cabaran setempat dan nasional, memberi maklum balas terhadap program, melibatkan diri dalam pembelajaran sepanjang hayat serta menyokong projek sosioekonomi. Mereka juga harus memperjuangkan peranan pendidikan tinggi dalam memacu kemajuan dan pembangunan masyarakat.
Kementerian akan...
Justeru, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) perlu menerajui perubahan dengan teladan, menstruktur semula dasar dan tadbir urus yang mengintegrasikan kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DEI) serta memastikan pengagihan pendanaan yang saksama. Kementerian juga harus menggalakkan kolaborasi, mengamalkan pendekatan seluruh negara (a whole-of-nation approach), melibatkan pihak berkepentingan, memantauhasil, memacu pengantarabangsaan dan menyelaraskan reformasi dengan keutamaan negara. Pegawai kementerian perlu bersikap responsif, berfokus kepada hasil dan menjadi pemangkin kepada perubahan transformasi.
Kerajaan akan...
Justeru, kerajaan perlu memperkukuh kerangka dasar, memastikan pendanaan yang mampan, serta menyokong kolaborasi yang terangkum dalam kalangan pihak berkepentingan. Kerajaan juga harus komited dalam mempertingkat tadbir urus, mengutamakan akses pendidikan yang saksama serta memacu inisiatif yang menyelaraskan hasil pendidikan tinggi dengan keutamaan negara. Dengan menerajui inovasi dan keterangkuman, kerajaan perlu menyokong kemajuan berterusan dalam sektor pendidikan tinggi.
Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved