
Mengapakah ia penting ?
Negara memerlukan ahli masyarakat yang berkesan dan asasnya bermula dengan insan yang baik. Menjadi tanggungjawab utama institusi pendidikan tinggi untuk memastikan matlamat ini tercapai. Sebagai penyumbang utama dalam pembangunan bakat, institusi pendidikan tinggi diamanahkan untuk membentuk individu yang mempunyai kebolehsuaian, beretika dan berdaya tahan, agar mereka mampu menangani cabaran di peringkat nasional dan global dalam zaman pasca-normal.
Apakah kejayaan yang ingin dicapai?
Pembelajar akan memiliki kemahiran berpaksikan kemanusiaan, inovatif, berciri keusahawanan dan adaptif serta siap siaga masa hadapan untuk memacu pembelajaran sepanjang hayat dan merentas kehidupan. Mereka akan berpegang teguh kepada nilai etika dengan kekuatan spiritual dan ketahanan diri untuk terus berkembang dengan integriti dan matlamat yang jelas. Dilengkapi dengan kemahiran insaniah (soft), teknikal dan analitik (sharp) dan sosial dan kemanusiaan (smart). Pembelajar yang berpaksikan kemanusiaan, berciri keusahawanan dan adaptif ini akan memanfaatkan AI dan teknologi memuncul, pemikiran sistem serta pendekatan merentas disiplin bagi menangani cabaran dan menyelesaikan isu dunia sebenar, sekali gus memberi impak dan menjadi pemacu dalam pembinaan negara yang mampan serta pertumbuhan ekonomi. Pembelajar merupakan pemain global yang menghayati nilai-nilai murni untuk menyokong identiti dan perpaduan nasional.
Bagaimanakah kita akan mencapainya?
Bagi mencapai matlamat ini, Kementerian dan IPT akan memberi tumpuan kepada pembangunan kurikulum yang lebih holistik dan bersepadu serta memperkukuh ekosistem pembangunan pembelajar. Antara inisiatif utama yang akan dilaksanakan termasuk:
Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved