
Mengapakah ia penting ?
Lonjakan Penyampaian Responsif dan Dinamik amat penting bagi memastikan sistem pendidikan tinggi Malaysia dapat menyesuaikan diri dengan pantas terhadap cabaran global dan tempatan. Lonjakan ini menangani isu seperti perubahan kepimpinan kementerian, pemisahan fungsi dalam institusi serta keperluan untuk membuat keputusan berdasarkan data yang lebih menyeluruh. Selain itu, ia turut menggalakkan akses pendidikan yang lebih saksama, khususnya bagi kumpulan terpinggir seperti Orang Kurang Upaya (OKU) dan komuniti peribumi.
Melalui pemerkasaan kolaborasi, inovasi dan fleksibiliti, lonjakan ini selaras dengan matlamat RPTM 2026–2035 serta keperluan pembelajar, institusi dan masyarakat yang semakin berkembang. RPTM 2026–2035 tidak akan mencapai kejayaan tanpa pelaksanaan yang berkesan serta komitmen dan kerjasama menyeluruh antara Kementerian, IPT, komuniti akademik dan pihak berkepentingan yang berkaitan.
Apakah kejayaan yang ingin dicapai?
Pelaksanaan lonjakan ini akan menghasilkan ekosistem pendidikan tinggi yang lebih tersusun, bersepadu, tangkas, terangkum dan berdaya saing di peringkat global. Struktur tadbir urus seperti Majlis Pendidikan Negara (MPN) akan memastikan penjajaran dasar yang lebih efektif serta pelaksanaan inisiatif yang lancar merentasi kementerian dan institusi. IPT akan mencapai tahap kecemerlangan yang lebih tinggi melalui rekabentuk semula Program Transformasi Institusi atau Institutional Transformation Programme (ITP) serta sistem penarafan yang lebih kukuh sekali gus memacu impak sosioekonomi dan daya saing global.
Kemajuan teknologi, termasuk integrasi AI dan teknologi memuncul, akan memodenkan infrastruktur digital, membolehkan pembuatan keputusan berasaskan data serta penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap. Keterangkuman akan dipertingkatkan secara signifikan, dengan kadar enrolmen, kesinambungan pengajian dan tamat pengajian yang lebih tinggi bagi kumpulan terpinggir, disokong oleh kemudahan khas seperti Pusat Kecemerlangan OKU. Rangka kerja yang lebih selaras, dengan piawaian yang diperkukuh dan proses yang dipusatkan, akan menggalakkan kolaborasi, mengurangkan pemisahan fungsi dalam institusi serta memastikan kualiti yang konsisten merentasi IPT. Ini akan meletakkan Malaysia sebagai peneraju dalam pendidikan tinggi yang inovatif, terangkum dan adaptif.
Bagaimanakah kita akan mencapainya?
Bagi mencapai matlamat ini, Kementerian akan memberi tumpuan kepada:
Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved