Deklamasi Puisi Meriahkan Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat KPT

Deklamasi Puisi Meriahkan Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat KPT

6 Ogos 2026 | Putrajaya

Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Tahun 2026 telah disemarakkan dengan penganjuran Pertandingan Deklamasi Puisi Kemerdekaan Peringkat Akhir yang menghimpunkan lapan (8) peserta terbaik warga KPT di sini siang tadi.

Program anjuran Bahagian Khidmat Pengurusan dengan kerjasama Kelab KPT dan PUSPANITA Cawangan KPT itu telah dihadiri oleh Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datin Hajah Murni Muda.

Pertandingan tersebut telah dianjurkan sebagai sebahagian daripada aktiviti Galakan Membaca KPT bersempena Dekad Membaca Kebangsaan dan Sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2026.

Lapan peserta yang melepasi saringan awal telah mempersembahkan deklamasi puisi bertemakan kemerdekaan yang mengangkat semangat cintakan negara serta penghayatan terhadap erti kemerdekaan.

Johan pertandingan telah dimenangi oleh Pn. Azwina binti Amin dari Bahagian Governan dan Kecemerlangan, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).

Naib johan telah dimenangi oleh Pn. Nurul Liyana binti Abdul Ghafar dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), manakala tempat ketiga telah dimenangi oleh Dr. Hjh. Seeni Mehraj Begam binti V.K.S. Vyzul Karnine dari Politeknik Shah Alam.

Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh YBhg. Datin Hajah Murni Muda.

  • Last updated on .
  • Hits: 274
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 12 Ogos 2026, 02:43:53.

logo-sirim