YBTM Lawat Politeknik Tawau, Kolej Komuniti Tawau Dan Santuni Mangsa Kebakaran

YBTM Lawat Politeknik Tawau, Kolej Komuniti Tawau Dan Santuni Mangsa Kebakaran

Usai menyempurnakan perasmian program sebelah pagi, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud bergegas menyantuni mangsa kebakaran pula.

Di situ, YBTM turut menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran yang merupakan pelajar Semester 5 Politeknik Tawau, Jurusan Diploma Pengurusan Pelancongan, saudari Yasni Batrisyia Andi Guntur di Kampung Sentosa, Tawau.

Seterusnya, YBTM membuat lawatan rasmi ke Kolej Komuniti (KK) Tawau dan diberi taklimat berhubung pelaksanaan pembelajaran dan dibawa melawat fasiliti yang ada selain turut diadakan sesi perkongsian kejayaan bekas pelajar KK.

Sebelum pulang, YBTM juga turut membuat kunjungan ke Politeknik Tawau, mendengar sendiri taklimat dan perancangan masa hadapan Politeknik Tawau.

Turut hadir, Pengarah Politeknik Sandakan Sabah merangkap Pengerusi Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Sabah, Mohd Sani Said dan juga Pengarah-pengarah POLYCC Zon Sabah. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 596
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 11 Oktober 2024, 07:37:56.

logo-sirim