YBTM KPT Santuni Kontinjen IPT Malaysia Ke Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud telah menyantuni sebahagian Kontinjen Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Malaysia yang akan berjuang mengharumkan nama negara di Kejohanan Sukan Universiti ASEAN (ASEAN University Games - AUG) 2024 yang akan membuka tirainya pada esok hari.
Tujuan perjumpaan ini adalah untuk memberikan semangat kepada semua atlet IPT Malaysia yang akan bertanding di Kejohanan AUG 2024.
Pada temasya kali ini, kontinjen Malaysia akan mengambil bahagian dalam 18 daripada 20 acara sukan yang dipertandingkan.
Secara keseluruhannya, kontinjen negara akan diperkuatkan oleh seramai 379 orang atlet dan pegawai serta diketuai oleh Pengarah Kolej Komuniti Kuala Langat merangkap Pengerusi Majlis Sukan Kolej Komuniti Malaysia (MASKOM) iaitu Encik Suhairi Ismail.
Hadir sama dalam sesi perjumpaan ini ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), KPT, Encik Mohamad Azhan Md. Amir; Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik, KPT, YBhg. Dato’ Dr. Pekan bin Ramli; Ketua Kontinjen IPT Malaysia, AUG 2024, Encik Suhairi Ismail; dan Ketua Sekretariat Kontinjen IPT Malaysia, Encik Mazilan Rambli.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 1254