YBTM ke Program Jerayawara di Universiti Putra Malaysia (UPM)

YB Senator Dato’ Dr. Ahmad Masrizal Muhammad, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi telah mengadakan Program Jerayawara ke Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini. YB Senator Dato’ Dr. Ahmad Masrizal Muhammad, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi telah mengadakan Program Jerayawara ke Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini. Kunjungan YB Timbalan Menteri disambut oleh Prof. Dr. Mohd. Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM serta pihak pengurusan tertinggi universiti.Dalam sesi ini, YB Timbalan Menteri telah diberi penerangan dan taklimat ringkas mengenai universiti dan perkembangan terkini aktiviti yang sedang dan akan dilaksanakan khususnya dari segi kesediaan UPM menerima kemasukan pelajar.Turut hadir YBhg. Dato’ Shaharuddin Abi Sohot, Setiausaha Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar, KPT dan YBrs. Prof. Ir. Dr. Robiah Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 7038
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 03 Oktober 2024, 04:17:23.

logo-sirim