YBM Terima Taklimat Bahagian Pembangunan KPT

YBM Terima Taklimat Bahagian Pembangunan KPT

YB Dato' Seri Mohd Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi telah menerima taklimat daripada Bahagian Pembangunan KPT di pejabatnya petang tadi.

Dalam taklimat yang telah disampaikan oleh YBrs. Puan Azlinda Azman, SUB Bahagian Pembangunan KPT itu, YB Menteri telah diberi maklumat mengenai status semasa projek-projek pembangunan yang sedang disiapkan serata IPT seluruh negara.

Selain itu, Bahagian Pembangunan KPT turut membuat pembentangan berkenaan perancangan projek-projek pembangunan di bawah RMKe-12 yang bakal dilaksanakan nanti.

Turut hadir YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, KSU KPT dan YBhg. Datuk Dr Mohd Zabri Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan) KPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1824
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 09 April 2024, 09:42:49.