YBM Pengerusikan Mesyuarat Tindakan Pembangunan Kementerian (MTPK) Bil 1/2023

YBM Pengerusikan Mesyuarat Tindakan Pembangunan Kementerian (MTPK) Bil 1/2023

YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi telah mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Pembangunan Kementerian (MTPK) Bil 1/2023 di KPT petang tadi.

Dalam mesyuarat tersebut, YB Menteri bersama para ahli yang hadir telah membincangkan pelbagai perkara mengenai isu-isu berbangkit berkenaan pembangunan di universiti-universiti awam, politeknik dan kolej komuniti.

Turut hadir YB. Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, KSU KPT, YBhg. Dato' Dr. Megat Ahmad Sany Megat Supian, TKSU (Dasar) KPT, YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, para pengurusan tertinggi KPT, naib-naib canselor UA serta para pegawai dari agensi kerajaan dan kementerian yang lain.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3986
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 11 Oktober 2024, 07:37:56.

logo-sirim