YBM terima Kunjungan Hormat Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)

YB. Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah meluangkan masa untuk menerima kunjungan hormat delegasi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) di pejabat beliau petang tadi.

Delegasi yang diketuai oleh Pengerusi SPP iaitu YBhg. Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff telah memberi taklimat ringkas mengenai SPP kepada YB Menteri Pengajian Tinggi serta para pengurusan tertinggi KPT yang hadir.

Dalam kunjungan tersebut, kedua-dua pihak KPT dan SPP berbincang mengenai pelbagai perkara berkaitan pengambilan penjawat awam untuk perkhidmatan pendidikan serta hal-hal berbangkit yang lain.

Turut sama dalam kunjungan tadi ialah YBrs. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT, Dr. Mohd. Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) KPT, Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Ts. Zainab Ahmad, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, dan Encik Md Radzi bin Hashim, Setiausaha SPP.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 4647
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 29 Mei 2024, 21:46:47.