KSU terima Kunjungan Hormat dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT telah meluangkan masa untuk menerima kunjungan hormat dari delegasi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang diketuai oleh YBhg. Prof. Ts. Dr Zaliman Sauli Naib Canselor UniMAP di pejabatnya tengahari tadi.

Turut bersama dalam pertemuan tersebut ialah Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT serta ahli-ahli delegasi dari UniMAP.

Dalam pertemuan ringkas tersebut, YBhg. Dato' Seri Abdul Razak telah menerima taklimat ringkas berkenaan pelbagai perkara melibatkan pentadbiran, pembangunan dan hal ehwal pelajar serta hala tuju UniMAP untuk tahun 2022 dari YBhg. Prof. Ts. Dr Zaliman.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5168
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 24 Julai 2024, 03:08:48.

logo-sirim