YBM Sempurnakan Pelancaran Program Tautan Mesra Universiti Malaysia Terengganu

17 Februari 2022

Bertempat di Karnival KPT Keluarga Malaysia pagi semalam, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, telah melancarkan program Tautan Mesra Komuniti Parit Sulong yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Menerusi program tersebut, UMT telah mengadakan sesi pemindahan ilmu melibatkan peserta yang terdiri dari pesara tentera, ibu tunggal dan belia sekitar komuniti Parit Sulong.

Dalam majlis tersebut, YB Menteri turut menyerahkan pek Starter Kit kepada para peserta Projek Ternakan Kelulut serta Projek Ternakan Udang Galah dan Tanaman Sayuran.

Turut hadir ialah Dr Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiusaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah JPT, Ts. Zainab Ahmad, Ketua Pengarah JPPKK serta YBhg. Prof. Dr. Mazlan Abd. Ghaffar, Naib Canselor UMT dan majlis telah dikendalikan dalam pematuhan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 8655
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 Julai 2024, 10:52:23.