KSU terima kunjungan hormat daripada Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS)

17 Februari 2022

YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi hari ini menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato‘ Haji Adnan Mat, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di pejabat beliau.

Perbincangan meliputi peranan CUEPACS dalam membantu Kerajaan memperkasa sistem penyampaian untuk memudah cara selain menyampaikan dasar dan bantuan kepada rakyat dengan lebih berkesan dan tersusun.

Turut hadir En Aminuddin Awang, Timbalan Presiden I dan barisan Exco CUEPACS yang lain.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 4831
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 14 Jun 2024, 19:20:56.