YBM Menyempurnakan Majlis Ulang Tahun YSS ke-10

YBM Menyempurnakan Majlis Ulang Tahun YSS ke-10

YB Menteri Pengajian Tinggi telah menyempurnakan Majlis Sambutan Ulang Tahun Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) ke-10 yang diadakan di EQ Hotel Kuala Lumpur malam tadi.

YSS yang ditubuhkan pada 2012 lalu bermatlamat untuk meningkatkan semangat kesukarelawan dan setiakawan dikalangan pelajar IPT sambil mempromosikan keamanan dunia.

Pada masa yang sama, YSS turut berjaya melahirkan ramai pemimpin sukarelawan mahasiswa yang terlibat dengan banyak misi kemanusiaan dalam dan luar negara.

Beliau merakamkan penghargaan kepada tokoh-tokoh terlibat yang telah memperkasakan YSS, antaranya Dato' Zuraidah Atan, Tan Sri Lee Lam Thye, serta Prof. Emerita Tan Sri Dato' Seri Dr. Mazlan Othman yang telah banyak berkongsi pengalaman dan semangat mereka denga para sukarelawan.

YB Menteri yang merupakan penaung YSS turut melancarkan program Larian KPT-YSS Keluarga Malaysia yang bertujuan mengumpulkan dana sejuta ringgit, serta mengumumkan beberapa projek lain iaitu Program Penanaman Lima Ribu Pokok Percha YSS-Telekom Malaysia, Kempen "Back To School", dan Misi Sukarelawan Siswa di beberapa negara ASEAN.

Majlis makan malam tersebut turut dihadiri oleh para pengurusan tertinggi KPT, para naib canselor UA, rakan penaja korporat serta para alumni YSS.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5979
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 08 Disember 2023, 17:12:30.