KSU Menerima Kunjungan Delegasi dari Sabah

KSU Menerima Kunjungan Delegasi dari Sabah

YBhg. Dato' Sri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah yang diketuai oleh setiausahanya, Tuan Sapdin Ibrahim bertempat di KPT pagi tadi.

Kunjungan tersebut bertujuan untuk membincangkan pelbagai perkara berkaitan hal ehwal serta kebajikan para pelajar IPT Sabah di semua UA di seluruh pelusuk negara.

Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan berkenaan perancangan dan hala tuju pendidikan tinggi di negeri Sabah agar dapat dilaksanakan seiring dengan dasar-dasar yang diumumkan oleh kerajaan pusat.

Turut hadir ialah Ts. Zainab Ahmad, Ketua Pengarah JPPKK, dan YBhg. Dato' Shaharuddin Abu Sohot, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar KPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6594
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Isnin 27 Mei 2024, 18:16:03.