YB. Menteri Pengajian Tinggi menghadiri Sesi Menandatangani Nota Kolaborasi di antara Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) bersama Mostwell Sdn. Bhd.

Hari ini YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah menghadiri Sesi Menandatangani Nota Kolaborasi di antara Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) bersama Mostwell Sdn. Bhd.

Pihak JPPKK telah diwakili oleh Ts. Zainab Binti Ahmad, Ketua Pengarah JPPKK manakala pihak Mostwell Sdn. Bhd telah diwakili oleh Fully Chye Goet Lee, Pengarah Urusan Mostwell Sdn. Bhd.

Nota kolaborasi ini bertujuan untuk menjadi ruang memudahcara perkongsian kemudahan, peralatan dan tempat latihan di politeknik atau kolej komuniti dan Mostwell Sdn. Bhd boleh menyediakan peluang untuk pelajar politeknik atau kolej komuniti menjalani latihan industri bagi melengkapkan mereka dengan pengalaman kerja sebenar.

Turut diadakan simbolik penyerahan 79 unit mesin jahit yang bernilai RM 237,000.00 bakal bakal diagihkan kepada kolej komuniti dan politeknik.

Turut hadir Datuk Seri Dr. Mazlan Bin Yusoff, Ketua Setiausaha KPT, Dr Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT dan Datuk Rosli Yaakub, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6369
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 24 Februari 2024, 09:25:25.