YBM menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Lembaga Pengarah, Universiti Sains Malaysia (USIM)

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Pengerusi Lembaga Pengarah, Universiti Sains Malaysia (USIM) di pejabatnya pada hari ini.

Sesi kunjungan hormat ini bertujuan untuk memberikan penerangan mengenai latar belakang, hala tuju dan fokus pengoperasian USIM pada tahun 2022.

Selain itu, sesi perbincangan ini turut membincangkan usaha memperkasakan pendidikan tinggi negara terutamanya berkenaan jalinan kerjasama dengan negara-negara di Timur Tengah serta cadangan untuk memperluaskan lagi jaringan Kolej Genius Pintar dengan kerjasama kerajaan negeri dan universiti tempatan.

Turut hadir YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT, YBrs Dr Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, YBhg. Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dan Encik Mansor Ibrahim @ Abd. Hamid, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPT merangka ahli lembaga pengarah USIM.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 7937
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 29 Mei 2024, 11:44:53.