YBM Melawat Peserta Kursus Asas Solekan Kolej Komuniti

YBM Melawat Peserta Kursus Asas Solekan Kolej Komuniti

Seterusnya, YB Menteri sempat melawat para peserta Kursus Asas Solekan yang dikendalikan oleh tenaga pengajar dari Kolej Komuniti Muar sempena program KPT Prihatin Keluarga Malaysia@Johor.

Para peserta yang terdiri daripada para wanita dari sekitar Batu Pahat turut diajar berkenaan penggayaan tudung yang merupakan antara banyak kursus yang ditawarkan dibawah program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) JPPKK.

Di situ, beliau turut menyantuni para sukarelawan CSR TVET@PolyCC yang sedang melakukan kerja-kerja pembaikan elektrik di Kompleks Penghulu Mukim 3 Peserai, Batu Pahat.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 4695
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 14 Jun 2024, 19:20:56.