YBM Melancarkan Wifi dan Internet Percuma (Tv White Space) Pertama di Malaysia

YBM Melancarkan Wifi dan Internet Percuma (Tv White Space) Pertama di Malaysia

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah melancarkan projek WiFi dan Internet percuma menggunakan teknologi Television White Space (TVWS) yang pertama di Malaysia pagi tadi.

Parit Sulong telah terpilih sebagai lokasi pertama projek ini yang dibangunkan oleh UiTM dan rakan strategiknya, AxiCom Sdn. Bhd.

TVWS merujuk kepada gelombang televisyen tersedia UHF dan UVF yang tidak digunakan oleh syarikat penyiaran untuk dimanfaatkan sebagai infrastruktur internet berkelajuan tinggi.

Teknologi yang dipelopori oleh Microsoft ini bakal memberi manfaat kepada para mahasiswa dan penduduk di kawasan luar bandar yang memerlukan internet berkelajuan tinggi bagi aktiviti harian seperti PdPR, perniagaan dan juga perkembangan Internet-of-Things (IoT).

Dengan penawaran WiFi dan Internet percuma menggunakan teknologi TVWS di lokaliti-lokaliti terpilih, kebergantungan pelan Jaringan Digital Negara (JENDELA) dapat dilaksanakan dengan lebih pantas hasil inisiatif UA di bawah KPT.

Turut sama dalam majlis pagi tadi ialah Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, YBhg. Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah JPT, YBhg. Prof. Ts. Datuk Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM, YBhg. Dato' Sri Shahril Mokhtar, Pengerusi UiTM Holdings Sdn. Bhd., Encik Endie Syazlie Akbar, Pengerusi AxiCom Sdn. Bhd., Tuan Sheikh Manzoor Ghani, Pengurus Besar Sektor Awam, Microsoft Malaysia, Encik Mahzan Miskam, COO Allo Technology Sdn. Bhd, serta para pemimpin masyarakat kawasan Parit Sulong.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 7139
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.