YBM Hadiri Mesyuarat Majlis Sosial Negara Bil 1/2023

YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi telah menghadiri Mesyuarat Majlis Sosial Negara yang pertama untuk tahun ini di sini pagi tadi.

Mesyuarat itu telah dipengerusikan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah.

Pada mesyuarat pagi tadi, ahli-ahli Majlis telah membincangkan berkenaan program dan inisiatif yang akan dilaksanakan bagi memperkasa keselamatan dan pembangunan sosial negara selaras dengan kerangka Malaysia MADANI.

Selain KPT, mesyuarat tersebut telah turut dihadiri oleh para menteri kabinet yang lain.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2861
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 03 Disember 2024, 08:20:35.

logo-sirim