YB Timbalan Menteri Kunjungi MQA
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud telah bertemu dengan para pengurusan tertinggi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) semalam.
Diiringi Setiausaha Sulit Kanan, Encik Wan Zainuddin Ali Aspar, kunjungan beliau telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Dato' Prof. Dr. Mohammad Shatar Sabran.
Dalam sesi taklimat yang disampaikan oleh Pengurusan Tertinggi MQA, YB Timbalan Menteri telah menerima gambaran berkenaan pencapaian, hala tuju serta cabaran MQA dalam memastikan pendidikan tinggi negara sentiasa berada pada tahap kualiti terbaik dan relevan.
Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Jaminan Kualiti) MQA, Prof. Ir. Dr. Khairul Salleh Mohamed Sahari; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MQA Halinordina Mat Saat dan pegawai-pegawai kanan MQA yang lain.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 974