Warga KPT Sertai Dan Saksikan Istiadat Keberangkatan Balik KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Dan Raja Permaisuri Agong
Orang ramai dan penjawat awam daripada pelbagai kementerian termasuk seramai 160 warga Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mula berkumpul seawal 6.00 pagi tadi membarisi di kiri dan kanan Jalan Parlimen bagi menyaksikan Istiadat Keberangkatan Balik Sempena Tamat Tempoh Pemerintahan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pagi tadi.
Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian; dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, YBrs. Encik Mohamad Azhan Md. Amir turut hadir di Dataran Parlimen bagi Istiadat ini.
Dari Kuala Lumpur ke Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), seramai 120 orang pelajar dari Politeknik Nilai dan Kolej Komuniti Kuala Langat turut bersama-sama menyertai sesi lambaian kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong bagi keberangkatan balik ke Pahang dari Kompleks Bunga Raya, KLIA.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 1297