YB Menteri Teruskan Siri Jelajah Semarak Ramadan KPT Dengan Bertandang Ke UPNM
Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir meneruskan siri jelajah program Semarak Ramadan KPT dengan bertandang ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Kuala Lumpur, malam tadi.
Ketibaan YB Menteri disambut Naib Canselor UPNM, YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad, pengurusan tertinggi serta kepimpinan mahasiswa universiti berkenaan.
YB Menteri sempat beramah mesra bersama lebih 500 pelajar-pelajar universiti sebelum majlis berbuka puasa dan diikuti solat Maghrib, Isyak serta sunat tarawih secara berjemaah.
Usai ibadah solat, YB Menteri turut berkesempatan bermoreh bersama warga UPNM serta menyampaikan sumbangan kepada 30 pelajar terpilih.
Sumbangan merangkumi komputer riba, dermasiswa serta zakat diberikan kepada pelajar dari golongan kurang berkemampuan.
Program Semarak Ramadan KPT merupakan siri jelajah bulan ramadan beliau ke Institusi-institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dengan pengisiannya dipenuhi aktiviti ibadah sambil menyantuni barisan pengurusan, pentadbir, tenaga pengajar, serta para pelajar di situ.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 1103