YB Menteri Mulakan Tugas di KPT
YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin memulakan tugas rasminya sebagai Menteri Pendidikan Tinggi hari ini di Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan mengimbas kad perakam waktu di lobi KPT pagi tadi.
Beliau yang disambut oleh YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha bersama-sama barisan pengurusan tertinggi Kementerian turut mengaminkan bacaan doa sebagai memohon keberkatan dan keselamatan kepada pentadbiran baharu ini.
YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, 64, merupakan Ahli Parlimen Kota Tinggi, Johor dan sebelum ini pernah menggalas jawatan Menteri Pengajian Tinggi pada tahun 2008 - 2013.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 3973