YB Menteri Lawat UTM

YB Menteri Lawat UTM

YB Dato’ Seri Mohamad Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini.

Beliau disambut YB Cik Norlizah Noh, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor dan YBhg Datuk Prof Ir Ts Dr Ahmad Fauzi Ismail, Naib Canselor UTM serta pengurusan kanan UTM.

Program dimulakan dengan sesi taklimat oleh YBhg Naib Canselor UTM, dengan penerangan kemajuan dan hala tuju UTM bertemakan “Menginovasi Penyelesaian untuk Kesejahteraan Manusia” yang menjurus kepada peranan UTM sebagai pemangkin dalam menyediakan solusi berteraskan teknologi termaju dalam menyelesaikan masalah sistemik yang dihadapi oleh negara dan masyarakat menerusi Pelan Strategik enVision UTM 2025.

Turut dibentangkan, penjajaran pelan tindakan UTM kepada 11 Aspirasi dalam menjayakan hala tuju baharu KPT. Delegasi KPT juga berkesempatan untuk meninjau pameran UTM Research Open Day dengan bertemakan “Innovating Solutions through Advanced Technology”.
Kunjungan rasmi ini diakhiri dengan lawatan YB Menteri ke Galeri UTM bagi menyempurnakan pelancaran program Pelaksanaan Pengurusan Bakat berasaskan Kompetensi UTM, yang merupakan program yang bermatlamat untuk mengurus dan membangunkan bakat berteraskan konsep Malaysia MADANI.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad, TKSU (Dasar), YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan), dan YBhg. Dato’ Prof. Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2886
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Isnin 27 Mei 2024, 18:16:03.