Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia Dan KPT Bincang Kerjasama Tingkat Peluang Kerjaya Graduan

Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia Dan KPT Bincang Kerjasama Tingkat Peluang Kerjaya Graduan

YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin telah menerima kunjungan hormat daripada Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) di pejabatnya pagi tadi.

Diketuai oleh presidennya, YBhg. Tan Sri Dato' Soh Thian Lai, delegasi FMM turut membincangkan kerjasama strategik dengan KPT bagi memantapkan lagi peluang kerjaya graduan dalam sektor industri kecil dan sederhana negara.

Turut dibincangkan berkenaan usaha serta insiatif antara para pemain industri dan IPT dalam mempersiapkan graduan TVET melalui modul latihan yang komprehensif bagi melahirkan tenaga kerja mahir bagi memperkasakan ekonomi Malaysia.

Hadir sama YBhg. Dato' Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian, TKSU (Dasar) KPT dan YBhg. Dato' Mohd Shahril Abdullah, Pengarah Bahagian Kolaborasi dan Industri JPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2824
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 25 Julai 2024, 04:35:17.

logo-sirim