YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud Wakil Kerajaan Malaysia Ke Resepsi Hari Kebangsaan Hungary
Kerajaan Malaysia mendoakan kemakmuran berterusan serta menzahirkan ucapan tahniah kepada Kerajaan dan rakyat Hungary bersempena Sambutan Hari Kebangsaan negara itu.
Hasrat itu dizahirkan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, yang telah hadir sebagai Wakil Kerajaan Malaysia ke Majlis Resepsi Sambutan Hari Kebangsaan Hungary di ibu negara semalam.
Beliau telah menyempurnakan sesi Ucap Selamat bagi mendoakan kesihatan TYT Presiden Hungary serta kejayaan dan kemakmuran Kerajaan dan rakyat Hungary.
Majlis anjuran Kedutaan Besar Hungary itu turut dihadiri oleh Kuasa Usaha Sementara Kedutaan, Katalin Böszörményi-Nagy; serta barisan perwakilan diplomatik asing dan duta-duta besar.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 152