Warga KPT Terus Membudaya Aktiviti Sihat Dengan 10,000 Langkah Sambil Mengibar Jalur Gemilang

Warga KPT Terus Membudaya Aktiviti Sihat Dengan 10,000 Langkah Sambil Mengibar Jalur Gemilang

Warga Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terus membudaya gaya hidup sihat dengan menyertai program ‘Brisk Walk Merdeka KPT: 10,000 LANGKAH’ yang berlangsung di Presint 5 dan 6 Putrajaya petang tadi.

Acara yang bermula dari perkarangan lobi KPT itu menarik lebih 300 orang warga KPT dengan diketuai oleh Ketua Setiausaha (KSU), YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang.

Bersempena Bulan Kebangsaan ini, setiap peserta turut menunjukkan semangat patriotik dengan mengibarkan Jalur Gemilang masing-masing.

Menurut KSU, aktiviti riadah ini perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian warga kerana ia memberi manfaat kepada kesihatan fizikal dan mental serta dapat mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.

Beliau turut menyeru agar lebih ramai lagi warga kementerian serta penduduk sekitar Putrajaya menyertai program sebegini untuk melahirkan komuniti sihat dan hidup sejahtera.

Dalam pada itu, KSU turut memberikan taklimat berkenaan tasik Putrajaya yang berpotensi menjadi sumber bekalan air untuk kawasan sekitar.

Turut bersama ialah Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) Dasar, Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian dan TKSU Pengurusan dan Pembangunan, Mohamad Azhan Md. Amir. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 399
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 11 Oktober 2024, 07:37:56.

logo-sirim