Kolaborasi KPT Dan UMSU, Indonesia Pertingkat Kerjasama Erat Dalam Bidang Pendidikan Tinggi

Kolaborasi KPT Dan UMSU, Indonesia Pertingkat Kerjasama Erat Dalam Bidang Pendidikan Tinggi

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud menerima kunjungan hormat daripada Rektor Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU), YBrs. Prof. Dr. Agussani bersama delegasinya di Putrajaya hari ini.

Pertemuan tersebut bertujuan untuk membincangkan pelbagai perkara berkaitan sektor pendidikan tinggi dan kolaborasi yang boleh dilaksanakan di antara UMSU dengan agensi di bawah KPT seperti latihan kepimpinan dan pembangunan kapasiti dengan pihak Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT).

Turut dibincangkan juga adalah mengenai pengiktirafan Malaysian Medical Council (MMC) terhadap Fakulti Perubatan UMSU. Selain itu, UMSU telah menyatakan hasrat mengenai pemberian biasiswa untuk bayaran yuran pengajian bagi pelajar-pelajar Malaysia bagi mengikuti pengajian di UMSU.

Hadir sama dalam sesi ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), YBhg. Dato’ Prof Dr. Mohammad Shatar Sabran; Pengarah Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), YBrs. Prof. Dr. Harshita Aini Haroon; Pengarah Bahagian Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT); YBhg. Dato’ Haji Shushili Shuib; Pengarah Bahagian Koordinasi TVET, JPT; YBrs. Dr. Norhayati Ibrahim; dan Setiausaha Bahagian, Bahagian Hubungan Antarabangsa, YBhg. Datin Noorazah Omar. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 465
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 11 Oktober 2024, 07:37:56.

logo-sirim