UPM-Farm Fresh Berkolaborasi Tingkat Minat Mahasiswa Dalam Industri Tenusu

UPM-Farm Fresh Berkolaborasi Tingkat Minat Mahasiswa Dalam Industri Tenusu

Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama Farm Fresh Bhd (FFB) menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bagi membangunkan Pusat Agro-Tourism dalam meningkatkan minat mahasiswa untuk menceburi industri tenusu serta menggalakkan generasi muda meminati bidang pertanian.

MoA ini turut disaksikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin di Pusat Kecemerlangan Industri (ICoE) Tenusu UPM-Farm Fresh, di sini.

YB Menteri dalam ucapannya berkata, kerjasama ini adalah kritikal khususnya bagi merancakkan proses pembelajaran dan penyelidikan pelbagai aspek berkaitan tenusu.

“Pusat ini sudah pastilah turut menjadi platform yang memberi peluang kepada pihak Farm Fresh memperkenalkan teknologi serta trend terkini dalam industri tenusu.

“Ini akan sekali gus meningkatkan aktiviti penyelidikan dalam bidang penternakan tenusu dari aspek pengeluaran, pemprosesan dan penjenamaan, pengedaran dan jualan,” ujarnya.

Turut hadir YBhg Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM dan Encik Azmi Zainal, Ketua Pegawai Operasi FFB.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2495
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 11 Oktober 2024, 07:37:56.

logo-sirim