Mesyuarat Ketua Pegawai Digital KPT

Pada hari ini telah berlangsung Mesyuarat Ketua Pegawai Digital (CDO) Kementerian Pendidikan Tinggi Bilangan 1 Tahun 2023 bertempat di Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri dan Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) merangkap Ketua Pegawai Digital (Chief Digital Officer - CDO) KPT.

Mesyuarat CDO merupakan penjenamaan semula kepada Mesyuarat Ketua Pegawai Maklumat (Chief Information - CIO) selaras dengan usaha memperkasakan budaya kerja yang dipacu oleh digital, khususnya dalam menggerakkan inisiatif MyDIGITAL dan Dasar Revolusi Perindustrian Ke-4 (4IR) Negara.

Sebagai platform untuk menyalurkan maklumat penting dan yang terkini berkaitan dengan inisiatif pendigitalan di Kementerian mahupun Agensi, serta pelaksanaan dasar-dasar semasa oleh Kerajaan berkaitan ICT, mesyuarat pada kali ini memfokuskan kepada Pelaksanaan Dasar Perkhidmatan Pengkomputeran Awan Sektor Awam, pengukuhan perkhidmatan E2E di Kementerian/Jabatan/Agensi/UA serta Pelaksanaan Inisiatif Kampus Pintar UMP 2022 - 2026.

Selain itu, mesyuarat yang dihadiri oleh CDO Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), CDO Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency - MQA) dan semua CDO Universiti Awam ini turut membuka ruang pewacanaan pendapat, idea serta amalan terbaik pengurusan dan pentadbiran maklumat, terutamanya dalam upaya melonjakkan kecekapan serta keberkesanan penyampaian perkhidmatan sektor pendidikan tinggi.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2825
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 18 April 2024, 14:41:25.