UKM Tandatangani Perjanjian Bersejarah bersama Regional Group of Qatar

UKM Tandatangani Perjanjian Bersejarah bersama Regional Group of Qatar

Malaysia melakar satu lagi lembaran baru dalam usaha ke arah menjadi sebuah hab pendidikan tinggi apabila Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjadi universiti awam (UA) pertama negara yang berjaya membuka cawangan di luar negara iaitu di Doha, Qatar, dengan pengambilan pelajar sulung pada Oktober 2022.

Detik bersejarah ini berjaya direalisasikan melalui Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara UKM dan Qatar Regional Group yang disaksikan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi, di sini hari ini.

Pembukaan cawangan UKM di negara itu akan meningkatkan kerjasama dalam perundingan dan penyelidikan selain dari penawaran kursus dan memantapkan jenama UKM di negara-negara Teluk.

Melalui perjanjian yang ditandatangani pada 26 Mac lalu, UKM bersetuju untuk menawarkan program-program peringkat prasiswazah dan pascasiswazah secara pesisir (offshore) di Doha.

The Regional Group bertanggungjawab dalam pengurusan program, pemasaran dan menyediakan kemudahan fasiliti dan infrastruktur untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.

Manakala UKM bertanggungjawab menyediakan input akademik yang melibatkan kurikulum, pengajaran dan pembelajaran, jaminan kualiti dan pengijazahan.

Turut hadir TYT Zamshari Shaharan, Duta Besar Malaysia ke Qatar, YBrs Dr. Mohd Zabri Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan), YBhg Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd Razak, Pengerusi LPU UKM dan YBhg Datuk Ahmad Shalimin Mohd Shaffie Ahli LPU UKM.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5915
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 03 Disember 2024, 08:20:35.

logo-sirim