Lawatan ke Hamad bin Khalifah University

Lawatan ke Hamad bin Khalifah University

YB Menteri Pengajian Tinggi kemudiannya mengadakan lawatan ke Hamad Bin Khalifah University yang terletak di Education City, Doha dan disambut presidennya, Dr. Ahmad M. Hasnah.

Matlamat lawatan adalah untuk meneroka potensi kerjasama terutamanya dalam membangunkan kapasiti penyelidikan dan inovasi dalam bidang kepentingan nasional dan global yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Lawatan ini juga menjadi peluang yang baik untuk IPT di Malaysia dan pihak Hamad Bin Khalifah University menjalinkan persefahaman yang lebih baik dan meneroka kerjasama penyelidikan dan pembangunan, aktiviti pengajaran dan pembelajaran, perundingan serta dalam projek-projek pembangunan komuniti.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 4046
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Isnin 27 Mei 2024, 18:16:03.