TYT YDP Negeri Melaka Terima Watikah Lantikan Semula Canselor UTeM

TYT YDP Negeri Melaka Terima Watikah Lantikan Semula Canselor UTeM

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir pada pagi tadi telah membuat kunjungan hormat menghadap TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Mohd Rustam di Istana Melaka.

Kunjungan tersebut adalah bagi mempersembahkan watikah pelantikan semula TYT Tun Seri Setia sebagai Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) sebagaimana yang telah diperkenan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Hadir sama Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman; Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM, Dato' Dr. Husaini Omar; dan Naib Canselor UTeM, Datuk Prof. Ts. Dr. Massila Kamalrudin. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 224
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 12 Februari 2025, 10:29:14.

logo-sirim