TYT Pulau Pinang Dan Isteri Kunjungi Reruai KPT

TYT Pulau Pinang Dan Isteri Kunjungi Reruai KPT

Kehadiran Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang bersama isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Dato' Seri Utama Khadijah binti Mohd Nor telah memeriahkan lagi suasana di reruai kementerian-kementerian malam tadi dengan mengunjungi setiap satu reruai termasuk reruai Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

TYT dan isteri juga sempat beramah mesra bersama-sama para pelajar Kolej Komuniti Sungai Petani yang turut menyertai reruai KPT dengan menyediakan kopi segar kepada para pengunjung.

TYT dan isteri meluangkan masa mengunjungi reruai kementerian-kementerian ini sebelum berangkat menghadiri Forum Perdana bertajuk “Harmoni Bangsa, Saksama Bersama” di Pentas Utama, Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1366
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 11 Oktober 2024, 07:37:56.

logo-sirim