Terima Kasih Dan Selamat Maju Jaya YBhg. Lt. Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah

Terima Kasih Dan Selamat Maju Jaya YBhg. Lt. Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin telah menerima kunjungan hormat oleh Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), YBhg. Lt. Jen. Datuk Hasagaya Abdullah di sini pagi tadi.

Kunjung hormat tersebut dibuat sempena persaraan YBhg. Lt. Jen. Datuk Hasagaya Abdullah yang bakal menamatkan perkhidmatannya sebagai Naib Canselor UPNM yang keenam pada 18 Jun depan.

Dalam pertemuan tersebut YB Menteri telah merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas jasa dan sumbangan YBhg. Lt. Jen. Datuk Hasagaya Abdullah memimpin UPNM dengan cemerlang sejak dilantik pada 19 Disember 2020 lalu.

Seluruh warga KPT turut mengucapkan jutaan terima kasih dan selamat maju jaya kepada YBhg. Lt. Jen. Datuk Hasagaya Abdullah.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2416
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 21 Mei 2024, 15:10:04.