TATA Consultancy Services Malaysia Bantu KPT Bangunkan Bakat Berkemahiran Dan Profesional Tempatan

Pelantar Pendidikan Tinggi Micro Credential “Kolektif” Landasan Penting Dalam Usaha Pemerkasaan Pendidikan Tinggi Secara Digital

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal telah menyaksikan upacara pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan TATA Consultancy Services (TCS) Malaysia di sini pagi tadi.

Melalui MoU tersebut, TCS bakal membangunkan program latihan dan kursus berkaitan bidang teknologi dan digital kepada para graduan sesuai dengan kehendak terkini sektor industri global.

MoU tersebut telah ditandatangani antara Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBrs. Dr. Azlinda Azman dengan Pengarah Negara (Malaysia) TCS, Encik Jeevan Rajoo.

Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa KPT bertanggungjawab menyediakan ekosistem dan peluang terbaik dalam usaha memperkasakan pembangunan bakat mahasiswa yang memiliki pengetahuan dan kemahiran yang tinggi.

Oleh itu, jalinan kerjasama dengan konglomerat antarabangsa seperti TATA yang diwakili oleh TCS ini merupakan langkah terbaik kementerian dalam menyediakan bakat tersedia yang berpengalaman dan profesional untuk pasaran kerja tempatan serta antarabangsa.

Beliau berharap akan muncul lebih banyak lagi syarikat-syarikat besar lain untuk berkolaborasi dengan KPT yang mempunyai misi serta hasrat yang sama bagi menyokong agenda nasional sebagaimana digariskan dalam Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, YBhg. Dato' Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian; Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Penyelidikan dan Antarabangsa), Encik Ahmad Rizal Adnan, serta Presiden TCS Antarabangsa, Encik Girish Ramachandran.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3016
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 11 Oktober 2024, 07:37:56.

logo-sirim