Sesi Townhall AUKU Cermin Keterbukaan KPTTerima Cadangan Pelbagai Pihak

Sesi Townhall AUKU Cermin Keterbukaan KPTTerima Cadangan Pelbagai Pihak

KPT memberi jaminan akan bersikap terbuka dalam menerima segala cadangan dan saranan bagi memastikan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) sedia ada dapat ditambah baik demi kebaikan semua pemegang taruh.

Malah, KPT turut menggalas tugas dan tanggungjawab besar yang diamanahkan oleh masyarakat dan negara dalam memastikan agenda pendidikan tinggi Malaysia dapat berjalan dengan lancar, berjaya, cemerlang dan harmoni.

YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi berucap pada sesi Townhall AUKU anjuran KPT yang telah dihadiri oleh pengurusan tertinggi IPT, para akademia, kepimpinan gerakan mahasiswa, pakar undang-undang dan penganalisis politik di sini hari ini.

Sesi dialog awam AUKU kali ini yang dianjurkan hasil komitmen YB Menteri dan Timbalannya diharap dapat meraikan perspektif setiap pemegang taruh dan hujah-hujah yang mendasarinya dalam memperkasa ekosistem pendidikan tinggi negara yang inklusif, kondusif dan cemerlang.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1365
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 24 Februari 2024, 09:25:25.