Majlis Buka Puasa Seri Perdana Santuni Para Akademia Dan Pendidik
Majlis berbuka puasa anjuran YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan isteri, YB Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di kediamannya, Seri Perdana hari ini telah menyantuni warga akademia dan pendidik dari seluruh negara.
YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi yang hadir sama ke majlis tersebut turut meluangkan masa beramah mesra dengan para tetamu yang datang.
Selain warga akademia dan pendidik, majlis hari ini turut menyantuni kehadiran anak-anak yatim, para asnaf dan saudara-saudara baru.
Selepas berbuka, para tetamu turut bersama-sama pemimpin nombor satu negara itu mendirikan solat fardu maghrib, isyak dan terawih berjemaah.
Hadir sama YB Puan Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan; YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Mokhtar, Menteri Agama; YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, KSU KPT serta barisan pengurusan tertinggi KPT dan IPT.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 2386