Sesi Town Hall Kajian Pembangunan Rang Undang-Undang Politeknik Dan Kolej Komuniti Bersama KSU KPT
Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang hadir buat kali ketiga dalam sesi Town Hall Kajian Pembangunan Rang Undang-undang Politeknik dan Kolej Komuniti anjuran Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) di sini hari ini.
Bertujuan memberi input dan mendapatkan maklum balas daripada warga institusi mengenai pemerkasaan Politeknik dan Kolej Komuniti, sesi town hall ini merupakan platform penting dalam mencari penyelesaian terbaik untuk setiap cabaran institusi Politeknik dan Kolej Komuniti.
Dalam pada itu, Ketua Perunding Kajian Pembangunan Rang Undang-undang Politeknik dan Kolej Komuniti, Prof Madya Dr. Haswira Nor Mohamad Hashim telah turut membentangkan model Badan Berkanun bagi kajian tersebut.
Rang undang-undang tersebut juga bakal memperkasakan lagi peranan dan hala tuju JPPKK pada masa hadapan dalam menyokong gagasan kerajaan serta keperluan mampan sektor industri.
KSU KPT, YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang berkata demikian dalam sesi dialog dan perkongsiannya kepada para tetamu yang hadir.
Beliau juga turut menyeru semua warga JPPKK untuk merebut peluang memberikan yang terbaik memandangkan TVET diberi keutamaan dalam usaha menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi dan negara maju.
Terdahulu, sesi town hall pertama dan ke dua telah diadakan di dua lokasi berbeza masing-masing di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang dan Politeknik Kota Baharu.
Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Mohamad Azhan Md. Amir; Ketua Pengarah JPPKK, Dr. Haji Mohd Zahari Ismail; pegawai-pegawai KPT dan JPPKK serta warga Politeknik dan Kolej Komuniti Kota Kinabalu.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 1076