Sesi Sembah Menghadap KDYMM Yang Di-Pertuan Agong untuk Menyembah Maklum Situasi dan Perkembangan Semasa Berkenan Pengajian Tinggi

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah hari ini berkenan menerima menghadap YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi serta kepimpinan kanan KPT di Istana Negara.

Sesi sembah menghadap KDYMM Yang Di-Pertuan Agong bertujuan untuk menyembah maklum mengenai situasi dan perkembangan semasa berkenanan pengajian tinggi di negara ini di samping berkongsi hala tuju KPT.

Turut hadir dalam sesi tersebut ialah YBhg. Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha KPT dan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 21206
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 25 Julai 2024, 04:35:17.

logo-sirim