Sesi Libat Urus Inisiatif Belanjawan 2027: Memerkasa Strategi Dan Ekosistem Pendidikan Tinggi Negara

25 Ogos 2026 | Putrajaya
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengadakan Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2027 bersama Kementerian Kewangan (MoF) pada 24 Ogos 2026.
Sesi ini telah dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir dan Menteri Kewangan II, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Fokus utama perbincangan tertumpu kepada langkah strategik bagi melahirkan graduan berdaya saing, memelihara kebajikan pelajar, serta memperkasa ekosistem pengkomersialan dan teknologi terkini.
Keutamaan Strategik Belanjawan 2027 KPT termasuk:
- Transformasi Digital & Infrastruktur Pintar: Memastikan sistem pendidikan tinggi kekal responsif terhadap cabaran dan kemajuan teknologi semasa.
- Pengurusan Peruntukan Berimpak: Memaksimumkan pulangan serta impak positif daripada setiap dana yang disalurkan.
- Kerjasama Rentas Kementerian: Menggembleng tenaga bersama pelbagai agensi kerajaan bagi merangka formula belanjawan yang holistik, inklusif, dan menyokong pertumbuhan ekonomi negara.
Turut hadir bersama sesi ini ialah Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim; TKSU (Pengurusan & Pembangunan), YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBhg. Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman; Ketua Pengarah JPPKK, YBrs. Dr. Shamsuri bin Abdullah; Setiausaha Bahagian Kewangan KPT, Encik Hasan bin Muda; serta pegawai-pegawai kanan dan Pasukan Belanjawan 2027 daripada kedua-dua kementerian.
- Last updated on .
- Hits: 14
