Sektor Pendidikan Tinggi Penting Dalam Hubungan Dua Hala Malaysia-Mesir

Sektor Pendidikan Tinggi Penting Dalam Hubungan Dua Hala Malaysia-Mesir

YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi telah menerima kunjungan rasmi dari TYT Ragai Tawfik Said Nasr, Duta Besar Mesir ke Malaysia di sini petang tadi.

Pertemuan mereka itu telah membincangkan perihal kerjasama dalam sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Kaherah yang telah lama terjalin sejak dulu lagi.

Azam kedua-dua negara adalah untuk memperkasakan lagi beberapa aspek penting yang terangkum dalam perjanjian pendidikan tinggi sebelum ini bagi melicinkan pelbagai urusan sedia ada.

Hadir sama YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT, dan YBhg. Datin Noorazah Omar, Setiausaha Bahagian, Bahagian Hubungan Antarabangsa KPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2393
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.